Sabtu, 25 Julai 2009

Tips untuk manusia yg study last minit.

Sebagai pelajar lelaki yang majoritinya suka belajar last minit (perempuan pun lebih kurang je), kita pasti akan menghadapi kepenatan yang amat pasal nak kena habiskan banyak topik dalam masa yang singkat (esok dah nak exam). So kena adalah teknik yang betul untuk berhadapan ngan cabaran study secara "rampage" ni. Kat sini ada sedikit tips untuk mengatasi pening kepala dan penat bila kita terlebih membaca nota dari kebiasaan. Iyelah, hari biasa malas nak membaca, tiba nak exam baru terhegeh2 nak abiskan semua bab. Mana tak sakit kepala!.

Allah cipta hidung kita ada dua lubang, kiri dan kanan. Adakah fungsi dua2 lubang ni sama, untuk tarik dan hembus nafas ?

Sebenarnya tak,setiap lubang ada keistemewaannya masing2. Kalau kita sakit kepala , cubalah tutup lubang hidung belah kanan dan pastu nafaslah ikut hidung belah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , InsyaAllah, sakit kepala akan hilang dengan segera.

Jika rasa letih yang amat, cuba tutup lubang hidung belah kiri dan bernafas ikut hidung belah kanan . Buat berulang-kali. Pastu, korang akan rasa segar kembali. Sebab lubang hidung belah kanan mengeluarkan panas, sampai banyak sangat udara panas , lubang hidung belah kiri keluarkan udara sejuk.

Perempuan bernafas lebih dengan hidung belah kiri , sampaikan hati diorang cepat jadi sejuk. Tulah pasal hati perempuan ni mudah cair kalau dipujuk rayu ataupun bila dipuji2. Lelaki pulak bernafas lebih dengan hidung belah kanan, tu lah sebabnya kaum adam ni kebanyakkannya cepat sangat nak marah (bukan semua). Sekarang baru tau kan.

Lagi satu, korang perasan tak masa korang bangun tidur, lubang hidung belah mana yang bernafas lebih cepat? belah kiri ke kanan ? Kalau lubang hidung belah kiri bernafas lebih cepat , korang akan rasa letih. So Tutup lubang hidung belah kiri & gunakan lubang hidung belah kanan untuk bernafas , korang akan rasa segar semula dengan cepat. Cara ni boleh diajar kepada semua peringkat umur.

Kalau kita amalkan teknik ni dengan betul dan konsisten tanpa ragu2. InsyaAllah kita akan rasa badan kita lebih fresh. Jadi boleh lah terus study last minute tanpa risau dan bimbang. Masa nak exam pun boleh jawab dengan selesa dan tenang. Tapi bukan jaminan untuk korang dapat A. A- boleh kot. Dan teknik ni juga selamat untuk dipraktikkan dalam mana2 majlis atau apa2 aktiviti yang boleh mendatangkan keletihan dan pening kepala. So, selamat mencuba!

Rabu, 22 Julai 2009

Malaysian Radio V3



Link Mediafire:

http://www.mediafire.com/download.php?gjewzm2yznd
http://www.mediafire.com/?4q4nrym4hnj

Selamat Sedut..Boleh tahan gak software ni..sambil surf sambil rilek2 dengarradio malaysia..

Its Now Or Never..

Assalamualaikum.
sebenarnya minat menulis dah lama ada kat diri aku ni, cuma rasa malas dan sikap suka bertangguh yang dah sebati dalam diri aku ni yang membuatkan benda ni terbengkalai. Jadi, secara tiba-tiba aku terbuat plak blog ni. Mungkin lah dengan adanya blog yang tak sengaja ni, dapat la kot aku kongsi dengan semua pelayar blog tentang semua benda yang aku boleh kongsi. Semua beb. Secara rasminya aku dah ada blog.HaHaHa.....aku dah ada blog sendiri!. Selamat datang ke dunia blog!...pernah lah aku tengok Sitkom US tajuknya "The Big Bang Theory"...ada satu babak tu aku ingat sangat, skripnya lebih kurang macam ni "There are no place for the truth in the internet"...