Sebagai pelajar lelaki yang majoritinya suka belajar last minit (perempuan pun lebih kurang je), kita pasti akan menghadapi kepenatan yang amat pasal nak kena habiskan banyak topik dalam masa yang singkat (esok dah nak exam). So kena adalah teknik yang betul untuk berhadapan ngan cabaran study secara "rampage" ni. Kat sini ada sedikit tips untuk mengatasi pening kepala dan penat bila kita terlebih membaca nota dari kebiasaan. Iyelah, hari biasa malas nak membaca, tiba nak exam baru terhegeh2 nak abiskan semua bab. Mana tak sakit kepala!.
Allah cipta hidung kita ada dua lubang, kiri dan kanan. Adakah fungsi dua2 lubang ni sama, untuk tarik dan hembus nafas ?
Sebenarnya tak,setiap lubang ada keistemewaannya masing2. Kalau kita sakit kepala , cubalah tutup lubang hidung belah kanan dan pastu nafaslah ikut hidung belah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , InsyaAllah, sakit kepala akan hilang dengan segera.
Jika rasa letih yang amat, cuba tutup lubang hidung belah kiri dan bernafas ikut hidung belah kanan . Buat berulang-kali. Pastu, korang akan rasa segar kembali. Sebab lubang hidung belah kanan mengeluarkan panas, sampai banyak sangat udara panas , lubang hidung belah kiri keluarkan udara sejuk.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung belah kiri , sampaikan hati diorang cepat jadi sejuk. Tulah pasal hati perempuan ni mudah cair kalau dipujuk rayu ataupun bila dipuji2. Lelaki pulak bernafas lebih dengan hidung belah kanan, tu lah sebabnya kaum adam ni kebanyakkannya cepat sangat nak marah (bukan semua). Sekarang baru tau kan.
Lagi satu, korang perasan tak masa korang bangun tidur, lubang hidung belah mana yang bernafas lebih cepat? belah kiri ke kanan ? Kalau lubang hidung belah kiri bernafas lebih cepat , korang akan rasa letih. So Tutup lubang hidung belah kiri & gunakan lubang hidung belah kanan untuk bernafas , korang akan rasa segar semula dengan cepat. Cara ni boleh diajar kepada semua peringkat umur.
Kalau kita amalkan teknik ni dengan betul dan konsisten tanpa ragu2. InsyaAllah kita akan rasa badan kita lebih fresh. Jadi boleh lah terus study last minute tanpa risau dan bimbang. Masa nak exam pun boleh jawab dengan selesa dan tenang. Tapi bukan jaminan untuk korang dapat A. A- boleh kot. Dan teknik ni juga selamat untuk dipraktikkan dalam mana2 majlis atau apa2 aktiviti yang boleh mendatangkan keletihan dan pening kepala. So, selamat mencuba!
Sabtu, 25 Julai 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
mane ko belajar nie????
BalasPadammacam mana pulak kalau si polan tu hidung tersumbat???haha
BalasPadam